SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN RENDAH CINA CHONG KUANG

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Kuang telah diasakan pada tahun 1920 oleh Encik Teh Shen Shi. Oleh sebab pengasasnya merupakan seorang Kristian, nama sekolah Chong Kuang dinamakan sempena nilai murni yang diperoleh daripada kitab Bible.
Pada permulaan sekolah ini ditubuhkan, pihak sekolah hanya menyewa sebuah kedai untuk dijadikan kelas. Pada masa itu, sekolah hanya menerima 5 orang murid sahaja dan seterusnya semakin bertambah sehingga menjadi 10 orang.
Setelah penubuhan sekolah menjangkau usia puluhan tahun, bilangan murid semakin bertambah dan pihak sekolah menghadapi masalah kekurangan bilik darjah. Dengan itu, sekolah telah berpindah ke bangunan sekarang pada tahun 1992. Kini, bangunan sekolah dan prasana sekolah telah sedia dibina dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk murid-murid dan persekitaran tempat kerja yang selesa untuk para kakitangan sekolah.